Tuesday, May 29, 2012

Shopping Dengan Begitu Teruk Sekali?

Assalamualaikum...

Hola~! Hadoi... Letihnye lah. Seharian bekerja. Ngam2 azan maghrib aku sampai rumah. Alhamdulillah, selamat... 

Actually entry ni aku nak post smlm. Tapi half-way aku mengarang, aku dah zzz... So terpaksalah aku meng'edit' balik ape yg aku dah karang half-way smlm. Teruk kan?

Harini balik, kwn gaduh ade kat umah. So kenalah masak. Kesian dia. Puas fikir ape nak masak. Last2 siap jugak 2 hidangan ni...


Dan jugak ini...





Hehe... Kacang buncis tumis dgn isi ayam n telur dijodohkan dgn udang goreng tepung.

...

Ye, udang goreng tepung ala Kakak. Senang je buat ni. Cume campurkan tepung jagung n rempah kari, 3:3 nisbahnye, campur garam sket. Udang (ikut suka berapa byk) yg dah dibuang kepala, dicelup dlm telur yg dah dipukul (telur sebijik cukup) n masukan dlm campuran tepung td. Panaskan minyak (agak2 boleh tenggelam udang tu), boleh terus goreng. Udang ni x sedap kalau garing sgt. Agak2 dah jd golden brown sket, angkat ajelah. Resipi ni asalnya cuma eksperimen. But at last, jadi antara favorite keluarga. =)


Dah selesai makan, kemas2 dapur, mandi n solat Isya', trus aku terkam laptop. Windunye... Yelah,mlm smlm aku tertido. Mlm ahad lepas pulak, x dpt 'manja2' sbb aku balik umah mama. Umah mama xde internet connection. Aku pulak xde broadband dongle. Sejak ada unifi, aku dah terminate semua. Tapi susah jugak bila keluar umah kan? Urm.. Tapi sbb aku berkira2 utk sambar satu tablet or ipad (xtau nak pilih mana 1), so xpelah. Kat umah aku pakai laptop, kat luar aku pakai tab. Ehehe.. Verangan lah plak. Peace~!


Dalam masa yg sama, aku teringin jugak nak tukar BB aku. Dari torch kepada...


Bold 9900~ Dekat RM2K. Manalah aku nak cekau duit nih. Sambung verangan lagilah sampai cukup duit. Ekeke... Dan aku pun melalut lagi... Eh? Hahahah...

Dalam last entry aku cerita pasal nak bwk mama gi shopping. Aduyai, habis nilai 3 tu mama borong (nampak sgt nipunye...). Actually gi shopping baju raya. Mcm tahun2 sblm ni, sedondon 1 family. Kdg2 ade gak tone warna lain sket tp masih dalam kumpulan warna yg sama. 

Rasa bersyukur sgt sbb skrg kami dah mampu beli kain lebih dari RM25/meter (xla mhl sgt kan? ade yg lagi hebat dr ni kan?). Kalau dibandingkan skrg dan keadaan kami 15 thn dulu, mmg beza. Skrg ni sebulan atau 2 bln nak puasa kain dah bli n dah siap tempah baju raya. Kalau dulu, lg sehari or 2 hari nak raya baru nak gi beli. 

Aku masih ingat 2 pasang baju raya aku tahun 1998. Warne hijau (baju kurung, 2 tone berlainan), beli malam raya kat Mydin. Mama n abah yg pilih. Baju tulah yg aku dok pakai sokmo2 masa kat boarding school dulu. Pada pandangan aku, mmg dah cantik sgtlah masa tu. Haih.. Boleh menitik air mata kalau dikenang2.

Well, back 2 reality. Tahun ni raya pertama warna grey and raya kedua warna purple. Cukuplah 2 pasang sorg kan?  Aku sbnrnye dah xtau warna ape nak pilih. Biaselah, aku kan penasihat agong mama. Kadang2 dr rumah lg aku dah siap karang kain warne ape aku nak. Tp bila sampai kedai, warna yg aku bygkan tu xde. Cthnye smlm. Aku nak metallic grey, warna mcm honda city yg grey tuh. Dekat 5 kedai aku masuk, sume xde kaler tu. Yg ada pun grey yg pale gitu..

Yg tu bab baju melayu abah n adik. Kalau baju kurung aku pulak, yg aku bkenan tu sume xde. X cukup stgh meter lah, 1 meter rosak lah. The best part is, kalau kain tu tggl 5 meter je lg, dia xnak jual 4 meter kat aku. Kena beli 5 meter gak. Adesss... Tapi mama yg paling best. Mama mmg x cerewt sgt. Kdg2 kalau kain tu aku x berkenan, tp bila mama pilih n bila dah siap sepasang, nampak cantik sgt.. Ngeee...~!

Mama teringin sgt nak pakai jubah. Mmg mama x pernah ade walau sehelai. Nak tau sbbnye? Sbb mama saye spesies pokok renek.. Byk jubah yg cantik2 tu ade kaki kain. So kalau dipotong / dipendekkan, jadi x cantiklah. Lps 1 kedai ke 1 kedai mencarik. At last, dpt jugak sehelai. Tu pun kene pendekkan sket. Takut jatuh pulak nanti tersadung kain.

Balik dr nilai, dah kepenatan. Tapi sbb dah lama x makan 1 family, so aku dah plan ngan mama. Same2 masak, same2 kemas. So xlah penat sgt kan? Ape yg dimasak? Tada...


Ikan bawal masak taucu. Favorite aku. Tetibe teringat taucu ikan yg nenek masak. Mmg terbaek. Nenek is the best cook ever~!

Credit to:
mirolta.com
freshnessmag.com


Sunday, May 27, 2012

Date Night

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. Dapat gak aku tgk wayang malam tadi. Rasanya dah lama sangat x gi panggung wayang. Kalau x silap aku, yg terakhir aku gi dgn Bumble Bee. Tgk cerita Keramat. Saje je, teringin tgk cerita seram masa tu. Tapi x berbaloi langsung. Bumble Bee asyiklah dok mengungkit. Sebab dia yg bayar tiket kan. Hehehe.. 

Kali ni adik aku ni pulak yg teringin nak tgk wayang. Nak dekat maghrib barulah nak teringin macam2. Tp aku x menolak. Sangap jugak seharian dok umah x keluar2. Siap2 mandi n solat, lbh kurang pukul 8.30 mlm kitorg pun keluar. X jauh pun. AEON Bukit Raja aje...

Sesampai aje kat sane, kaunter TGV dulu kami serbu. Sbb filem tu baru keluar kan. Nasib ada ticket. Couple-seat lagi you! (Aku suka couple-seat sbb luas n selesa. Siap boleh bersila. Peace~!) Bukan apa, takut penuh or xde tiket plak nnt. Kalau xde tiket, terpaksalah menunggu yg midnite punye. X sangggup. Body i ni dah x mcm zaman2 remaja i dolu. Cepat aje mengantuknye. Kalau dah mengantuk, mmg xleh ditahan2. Cukup masa, yg dia tau aku mesti tido. X kira gempa bumi ke, puting beliung ke, mesti tido gak. Tu yg selalu je sangkut bila nk post entry. Baru half-way mengarang aku dah zzzzzz... Ehehe... 

Sementara tunggu tayangan (kul 9.30 mlm), perut pun dah lapar. Kami menjamu selera dulu.. =)



Kenny rogers.. Dulu kecik2 mama kate aku sebut keni-loje. X pernah makan pun masa thn 80-an ngan 90-an. Tgk iklan kat tv aje. X mampu lagi nak makan western food mcmni. Mama n abah susah masa tu. Abah gaji kecik, mama pulak x keje. Oleh sebab kesusahan masa tu lah yg telah memotivasikan mama utk sambung belajar smpai universiti. Abah pun bagi sokongan. Masa mama belajar, mama dah mula kerja sbg steno kat Metrojaya. Ye, yg kat Bukit Bintang tu.. 

Lepas aku dah masuk sekolah menengah baru family kami ni boleh tarik nafas lega. Walaupun x kaya mana, at least senang sikit.  Mama dah grad, dpt kerja yg sesuai dengan kelayakan universiti n rezeki abah (abah kata rezeki anak2) naik pangkat. Setiap 3 or 4 thn (kalau x silap lah) abah naik pangkat lagi sampai abah dpt pangkat skrg ni. So senang cakap dlm masa 12 ke 14 thn kebelakangan ni, kehidupan kami bertambah baik. Syukur, Alhamdulillah...

Eh, panjangnya melalut, 2 perenggan dah. Ehehe.. Saje tacing2 sket, baru lepas ckp ngan mama kat tipon... Kite sambung cerita kenny rogers nih. Kenapa kenny roger? Sebab aku teringin makan chowder. Dah lama x mkn. Aku suka chowder kat Victoris Station. Yg kat Manhattan fish market pun sedap jugak. Actually sebab aku terbaca blog Kak RC ni. Nampak sedap betul clam chowder dia. Tapi kat bukit raja ni manede (Kat windmill tu mungkin ada, tp aku x try usha. Malas n lg 1 sbb dia kat luar AEON bkt raja tu). So yg nampak ala2 chowder (x sama langsung), yg creamy2 tu, ni lah kan?


Hahah.. Bolehla dari xde langsung kan? Adik aku mcm biasalah sibuk ngan quarter meal n aromatic rice dia. Sebelum masuk panggung wayang sempat membeli ini:


Dan ini:


Ngeh2. Chips tu 100gm no nut n lagi 100gm pecan. Adik aku pulak teringin choc shake. Aku mcm biasa, feeling2 gurly gitu, mesti nak strawberry shake. Seludup sume masuk panggung. Seperti biasa, yg jadi mangsa mestilah handbag aku (teringat masa seludup masuk carl's jr. masuk panggung MBO kat subang parade). Handbag yg aku bawak kali ni kecik pulak. Habis aku sumbat, nak tutup zip xnak bagi nampak juntaian2 plastik tu. Kang kantoi plak.

Wayang belum mula kitorg dah krap-krup dulu (baru lepas makan dowh~!). Cerita yg adik aku pilih mmg best:


Ending yg x disangka2... Cepat gi tgk kat panggung. Rugi x tgk. Walaupun ade sedikit geli geleman, tetap best. 

Otw balik sempat singgah A&W kat stesyen petronas seksyen 7 tu. Layan root beer ngan onion ring. Burp~ Alhamdulillah..


(Ni gamba curik. Aku x snap gamba smlm. Tapi gatal nak letak gak. Thanks to tuan punye gambo ni...)

Ok, dah lambat. Tadi dah janji ngan mama nak pick her up n trus gi Nilai 3. Nak shopping kain. Puasa n raya nak dekat dah ni. Huhu. Bubye.

Saturday, May 26, 2012

Cubaan Kedua

Salam.. 

Dalam entry sblm ni aku ade cerita nak cari jalan utk solve problem pasal blog aku ni. So, aku pun google lah cari kot2 ade org pernah alami perkara yg sama mcm aku. Dah dekat 1 jam pun x jumpe jugak. Hampir setiap 10 minit aku clearkan web history. Manalah tau kot2 menjadi kan. X jalan jugak.. 

Lama aku dok menung. Ape kena lah dgn blog aku ni? Mula2 aku rasa nak biar aje n create 1 akaun baru. Tp aku rasa rugi sgt + malas nak 'decorate' blog baru tu nnt. At last, aku try 'selongkar' website yg asyik dok notify session expired tuh. Tibe2 aku nampak perkataan HIJRAH. Eh, mcm biase nampak. Tapi kat mana eh?

Baru aku ingat.. Dalam blog aku ade widget Kalendar Hijrah. Ya Allah... Knp 2 hari lepas aku x perasan? Kalau aku tau, dah lama aku delete html code tu. Skrg ni, blog dah ok. Tapi mcm ada yg x kena sikit. Contohnya, bila aku nak edit entry yg lama, entry tu x appear. Kosong je. Pastu ade gambar yg hilang. Kene reload balik baru gambar tu ade. Antara entry aku yg dah rosak dlm edit page skrg ni entry yg bertajuk Being a Female Sucks. Tapi kalau preview, ade pulak. Nak edit pulak x boleh. Aduhai...

Lepas satu, satu masalah yg datang. Ni sume gara2 widget tu. Kalau x, mesti aku x hilang browser n xdelah edit page aku corrupt. Harap2 masalah ni boleh selesai. Jgn aku dah post byk entry nanti, tibe2 sume hilang. Haruslah aku mengamuk..

Sepagi aku menghadap laptop. Sedar2 dah lunch time. Laparlah. Ape nak masak ek? Aku terus bangun menuju ke dapur, buat apa yg patut. Selepas lebih kurang 1 jam, hidangan utk makan tegahari dah tersedia. Ape yg dimasak? Ini dia...


Ayam blackpepper.. Heheh. Favorite adik aku (adik aku ni sume yg ade blackpepper mmg favorite die). Oleh sbb sumber bahan masak x berapa nak cukup (belum shopping barang dapur), aku bedal je ape yg ade. Masakan ni akan lebih menarik kalau ade kacang peas n ditambah kentang (yg dah siap goreng) skali dgn cili merah utk hiasan. Maafkanlah gambarnye yg x berape menarik tu ye. Aku mmg x pandai amik gambar. Peace~ =D

Cubaan Pertama

Salam...

Dah beberapa hari aku x update blog ni.. Nak tau knp? Sbb browser dlm laptop ni sibuk notify 'session expired'. Puncanya, sbb aku tukar browser dari Google Chrome ke Mozilla Firefox. Bila dah sync bookmarks n cookies, terus xleh bukak blog page . Aku fikir, maybe dia confuse sbb ade 2 browser, so aku delete lah 1 (Mozilla). Lps tu bile aku cuba bukak Google Chrome, corrupt plak. Adess.. Nak harapkan Windows Explorer, mmg hampeh lah. Asyik dok loading x habis2..

Lps 2 mlm berfikir, aku dpt idea. Aku pinjam laptop adik aku n google on "How to download browser without using Windows Explorer" ~ Heheh.. Hasilnya? Berjaya!! Aku guna panduan download mozilla browser guna File Transfer Protocol (FTP) yg aku dpt dari website ni.



Aku x pernah buat keje cmni. Pening jugakla pale aku tgk code2 tu. Tp aku follow je guide yg ade dlm website tu. Ade jugak yg failed. Tp aku try n error ajelah. Last2, alhamdulillah.. Berjaya jugak aku dptkan Mozilla browser.. Yeay~!!

Tp aku still risau kalau2 masih ade msg session expired tu. Ni pun boleh masuk sbb aku godek2 sket, so leh access through gmail account aku. Tp kalau type blog add aku kat address bar tu, adelah dalam 5 saat je boleh tgk blog page aku. Pastu notification tu kuar lagi.. Nantilah aku google lg kot2 boleh settle pulak masalah yg 1 lagi ni... Masalah...

Tuesday, May 22, 2012

Salah siapa?

Salam...

Ptg smlm Fido Dido call. Saje btanya khabar. Dah lama xjumpa, dah lama x berbual lama kat phone. Msg pun dah jarang2. Maklumlah, skrg masing2 dah sibuk. Aku sibuk dgn keje baru, dia pulak dah makin banyak operasi luar. Abg polis lah katekan.. Owh ye, Fido Dido dah kawin tau. Dia kawin Disember 2011 yg lps dgn pilihan hati yg jugak pilihan mak dan ayah dia. Anak yg patuh dia ni. Baguslah. Alhamdulillah... Walaupun dah kawin, dia tetap jadi abg yg terbaik. X pernah lupa kat adik dia ni. Adik dia ni aje yg lupa kat dia. Heheh.. Bukan ape, x seronoklah kacau org dah kawin ni kan. Dulu bujang, xpelah jugak.. Tapi dia mmg abg yg best~!

So tgh borak2 tu, mcm biasalah. Aku ni bukan setakat sahabat, teman dan adik angkat. Tapi jugak 'Internet Bergerak' bg dia. Ade aje soklan die nak tanye... Kali ni dia tanya aku pasal isu mengandung dan menggugurkan. Uiks? Apesal ni? Aku ingatkan dia tanya pasal ada kaitan dgn wife dia. Rupanya pasal org lain. Kawan perempuan dia (budak lagi) yg katanya dah mengandung di luar nikah dan tgh cari jalan cmne nak gugurkan kandungan sblm fmly dia tau. Hurm... Payah jugak aku nk menjawab..

Setahu aku, pengguguran haram tu bukan saje sakit, boleh akibatkan kemandulan dan jugak kematian akibat pendarahan dan jangkitan kuman. Byk cara utk gugurkan kandungan. Ada dengan cara pembedahan, ada dgn cara ambil ubat-ubatan n jugak cara tradisional. Ada yg bjaya n ada jugak yg x. Tp, katekanlah proses pengguguran tu x bjaya, maka hasilnya bayi akan lahir dlm keadaan x cukup sifat. Nauzubillah... 




Hukum dalam Islam, x pyh ckp lah. Kalau pbuatan sblm mengandung dah haram, inikan pulak menggugurkannye.. Tp ni kite cakap dlm konteks yg melibatkan masalah sosial generasi muda skg ni. Tp jika pengguguran tu dilakukan oleh wanita yg telah bkahwin kerana faktor2 sprti kemungkinan bayi yg bakal dilahirkan akan cacat atau berpenyakit sehingga boleh mengancam nyawa si ibu, maka itu adalah dibenarkan...

Di Malaysia, pengguguran kandungan ni diharamkan dan ia diklasifikasikan sbg jenayah. Si pelaku boleh kene dakwa. Mengikut Kanun Keseksaan, hukuman penjara sehingga 3 thn atau denda atau kedua2nya sekali boleh dikenakan. Kalau janin yg digugurkan sudah bersifat, hukumannya penjara sehingga 7 thn dan denda.  Cukup ke ni utk menginsafkan diorg? Kalau buang bayi pulak? Mengikut Kanun Keseksaan, hukumannya ialah 20 tahun penjara.

Masalah sosial ni mmg xkan habis. Remaja skrg ni dahsyat2..'Pandai' serba-serbi sampai mak bapak x terjaga lg. Mcm dlm filem Jin Notti tu kan, cube tgk watak si Sazzy Falak tu. Mcm2... Bercakap pasal remaja bermasalah ni, teringat dulu masa buat legal attachment kat Court Putrajaya, ade session utk remaja2 mcmni. Actually negara kita ada peruntukan undang-undang utk menangani remaja2 yg slalu buat masalah. Di bawah Akta Kanak2 2001, parents boleh dptkan bantuan atau nasihat tentang anak2 yg x dpt dikawal dgn baik yg mana anak2 ni akan ditahan di tempat yg dibenarkan di bawah kuasa mahkamah.
 




Itu yg masih kategori kanak-kanak which is below 18 yrs old. Camne pulak dgn yg adolescent nih? Camne nak kawal? Dalam kes cmni, siape yg patut disalahkan? Mak bapak yg x pandai mengajar? Remaja tu sdri yg x reti nak fikir buruk dan baik? Kawan2 yg menghasut? Atau pun tv dan internet? Tepuk dada, tanya selera...


Adikku dan Gastrik

Assalamualaikum...

Dah 2, 3 hari adik aku tergolek2. Sakit perut katenye. Aku pun pelik. Nak kate salah makan, ape yg dia makan, aku makan. Home-cooked food lagi. Tp aku x sakit perut pulak... Dah 3 hari camtu, aku pun risau. So pagi semalam aku decide nak bwk dia gi klinik panel Bank aku. Sedar x sedar dah nak masuk tengahari. Since adik aku x gi kuliah smlm, dia takut lecturer x terima MC dr klinik swasta. So aku pun hantar dia gi Pusat Kesihatan UiTM.

1 je lah yg aku x berkenan dgn klinik UiTM nih.. Check patient nak x nak aje.. Ape dia ingat sume student ni buat2 sakit ke? Sbb aku pernah kene skali dulu masa undergraduate. Masa tu aku kene menstrual cramp. Sakit teramat sgt. Oleh sbb x tahan, aku siap mtk injection utk hilangkn sakit. Tp doktor tu relax je. Dia kata x perlu. Kejap lg baikla. Pastu kedekut pulak nak bg MC. Nasib x pengsan aku haritu. Adik aku smlm pun hampir2 x dpt MC. Tp nasib baik adik aku ni macam garang sket, lelaki kan, so dpt jugak MC utk 1 hari. Kalau x, doktor tu nak bg time-slip sampai tghari je, pastu dia suruh gi klas petang. Ubat pun 1 jenis aje. Ubat sakit perut. Adess, teruk betul lah.. Kesian adik aku.


At last, aku bawak adik aku gi klinik panel kat Seksyen 2. Lepas doktor tu check barulah tau yg adik aku sakit perut sbb ANGIN which leads to gastric. Doktor pesan jgn minum kopi, nescafe, yg mane sume tu ialah feveret adik aku.. Kesian kau dik.. Tp aku rase punca sbnr kene gastrik tu sbb adik aku slalu skip makan. Ikut dan die je.. Lps consultation session dgn doktor tu, baru puas hati aku. Dpt 2, 3 jenis ubat siap dgn ubat minum utk buang angin. Harap ok lah nnt.



Bukan ubat je dpt, tp siap dgn MC skali. 2 hari lagi! Hah, susah sgt doktor UiTM nak bg MC. Ubat pun kedekut. Apelah... Dulu masa aku dok boarding school, slalu tgk kwn2 kena gastrik. Oleh sbb dlm fmly aku xde yg ade penyakit ni (Adik aku yg 1st kene), so aku xtau camne nak handle org yg kene gastrik. Nak tau x? Jom baca ni:

Ape yg org gastrik xleh mkn / minum?
  • minuman / makanan berasid. Cthnye orange juice, air limau, air asam jawa, ataupun acar darat (yg mkn dgn nasik minyak tu)
  • makanan pedas (yg ada lada sulah, rempah2 sume tu pun xleh..)
  • makanan 'berangin' cthnye ubi, durian, kekacang n ulam2 mcm petai, buah kerdas etc.
  • kafein / carbonated drink : Coke, pepsi (sedapnye) dan jugak kopi 'o' (ferevet adik aku ni)
Since skrg ni kita dah di penghujung bulan Mei, aku risau  jugaklah sbb lg 1 bulan stgh dah nak masuk bulan Ramadhan. Boleh ke pesakit gastrik ni menunaikan kewajipan bpuasa tu dgn sempurna? Jawapannya, BOLEH. Antara tips yg pesakit gastrik boleh amalkan sepanjang bulan puasa ni ialah:

  • Mesti bersahur. Ni bukan je sbb dia ada gastrik, tp bsahur jugak ialah amalan yg disunatkan
  • Bersahur mesti waktu pg bila dah dekat nak imsak dan bukan bersahur sblm tidur (Jgn 'syg' mata je, perut pun kena syg jugak)
  • Bersederhana semasa berbuka. Kalau mkn tlalu byk, boleh sbbkan sebu ulu hati
  • Jgn mkn lewat mlm n jgn tido masa perut penuh (especially lepas sahur). Ni akan bebankan usus n susahkan proses hadam. 
  • Elak mknn berempah, yg masam2 dan jugak yg blemak
  • Jgn makan sayuran 'sejuk' dan 'berangin', cthnye mcm brokoli n kobis. Mengikut kajian, sayur ni mengeluarkan gas (ni bukan alasan utk x mkn sayur ye, byk lg sayur lain yg boleh dimakan
  • time sahur, mesti mkn nasik. Jgn sbb tlampau sygkan mata, minum milo atau horlicks je. It's a big No-No, ok? 
So xde alasan lg utk x bpuasa pada yg ade penyakit gastrik ni ye? Tak baik tau ponteng puasa...


Original source:

Monday, May 21, 2012

Being a Female Sucks?


Assalamualaikum...

Harini MC!! Sakit perempuan. =p

Huhu.. Tak patut, x patut.. Kenape plak jadi perempuan tu teruk? Xlah. Mane ade.. Wanita tu anugerah istimewa tau. Tapi bukan senang nak jadi perempuan. Kena tahu serba serbi. Dan perempuan dijadikan oleh-NYA, terpaksa melalui beberape hari yang menyakitkan pada setiap bulan. Bukan setakat sakit perut biasa, tp ni sekali dgn kembung, letih, sakit belakang. Siap ada yang muntah2 n migrain lagi. Kesian.. Walaupun bukan semua yg rasa cmni, tp rata2 perempuan akan alami. 

Kat sini ade berape facts yang mgkin korang (dan mungkin jugak aku) x pernah tau tentang ‘Datang Bulan’:
  • Purata tempoh kitaran haid bg wanita normal ialah 28 hari
  • Wanita umur kurang dr 35 thn akan hilang darah lbh byk compared to those yg umur 35 thn ke atas
  • Total amount utk liquid yg hilang semasa datang bulan ialah antara 60 - 200ml
Mcmmana nak kurangkan kesakitan ni? Kita dah biasa dgr yg kesakitan ni boleh dikurangkan dgn cara bersenam, pakai pad panas utk tekap or tuam kat perut, semua tu dah biasa org buat n sume org tau tentang tu. Yang ni lain sikit. Cuba baca ni:

  • Letak haiwan kecik mcm kucing ke kat atas perut. Biar dia diam kat situ. Getaran kucing tu boleh bantu rehatkan otot kita n haba dr kucing tu pun boleh kurangkan cramp
  • Makan kurma selalu. Boleh bantu selesaikan masalah menstrual cramp ni
  • Makan Cornflakes!! Heheh.. Or mgkin boleh jugak ngan Koko Crunch atau Choco Pop. Asalkan cereal sbb boleh bantu kurangkan depression, anxiety n fatigue
Heheh. Mcm2.. Tp kalau x try, mana nak tau kan? Mungkin berkesan.

Semasa datang bulan, ada jugak Do’s and Don’t’s dia. Antaranya ialah:
  • Kena jaga makan
  • If possible, makan vitamin B ngan calcium pill selepas makan. Supplement tambahan ni boleh kurangkan sakit
  • Makan ikan, ayam, sayur and buah skali dgn nasi
  • Try buat simple exercises mcm yoga (Yang ni buat sblm period dtg ye)
  • Jgn makan pain killers dgn perut kosong. Make sure dah lps mkn nasi atau mknn lain baru boleh amik
  • Kurangkan pengambilan makanan bgaram, yg manis and yg pedas dan berempah
  •  Jangan makan terlalu banyak sekali hadap. Makan sikit2 tp kerap
  • Elakkan minum teh, kopi, coklat atau air sejuk ketika datang bulan. Maybe boleh try tukar kepada lemonade atau teh herba. Mcm Chinese tea ke, green tea ke..

Tapi kan, rasenye mcm byk pantang larang yg aku dah langgar
  • Minum air sejuk: checked.
  • Makan mknn bgaram, pedas n berempah: Checked.
  • Makan pain killers dgn perut kosong: Checked.



Adess… Padanla…

Original source: 



Blogger Tegar??

Assalamualaikum...

Ahah, Ni namanya terlebih rajin. Sampai 2,3 entry dalam masa 1 hari. Sepanjang cuti hujung minggu ni aku asyik mengadap netbook ni meng'update' blog. Adakah aku telah btukar mnjadi blogger tegar? Or maybe i'm turning into a fat monster? Mana x nye, asyik dok terlangkup aje. Agak2 lenguh duduk la sekejap. Pastu letak netbook atas meja, pastu meniarap pulak. Ikut keselesaan. Omg... Apalah nak jadi...



Sunday, May 20, 2012

#ChurpChurp ran over 500 new campaigns in the past 6 months! Were you apart of it? If you weren't, start today!

#ChurpChurp ran over 500 new campaigns in the past 6 months! Were you apart of it? If you weren't, start today!

Love's in the Air...

Assalamualaikum~ Hola!!

Happy sunday peeps.. Harini, sblm subuh lg aku dah hangin. Si Jejai ni dok text aku pagi2 bute, "Hey, r u asleep?" Pukul 2 lbh plak tu. Almost 3. Bukan ptg ok, tp PAGI. I should answer him back "No, I'm scuba diving, what da hell u want?" Haish.. Dah xleh tido, dia kacau org plak. Actually si Jejai ni kekasih lama. But we're good friends now. Walaupun cinta x kesampaian, but we still supporting each other. Kire okla. I knew him looong time ago. Byk kisah suka duka.. Cerita lama. What can i say, he's a good guy. Cuma xde jodoh je aku ngan Cikgu Jejai nih. Some ppl x setuju aku masih bkwn baik dgn Jejai. Diorg kate dah xde jodoh, watpe nak kwn lg. For me, x patut. Ape salahnye nak bkawan.  I'm not wrong juz because you disagree with my opinion. 

Dr pagi dok mengemas rumah, vakum, basuh baju, lipat baju.. Tiba tghari, kenalah masak.. Masak ape harini? Tada... 


Homemade nasi ayam! Ada ayam goreng ngan sup sayur pak choy n fishball. Ni masak org bujang. X brape lengkap. Xde sos cili ngan kicap. Kalau mama ade mesti dia marah. Heheh.. 

Aku bukan nak tulis resipi kat sini sbb aku pasti sume org dah tau cara buat nasi ayam. Bukan susah sgt pun kan? Tapi saje nak cerite.. Nasik ayam yg aku buat ni mmg simple. Sekejap aje dah boleh hidang. Aku mmg buat chicken stock sdri (tp kadang2 kalau malas aku pakai chicken cube aje), separuh stock guna utk masak nasi n separuh lagi utk buat sup. Biasanya sup aku akan masukan isi ayam. Tapi harini sbb ade fishball dlm fridge, so aku tukar sikit, maka jadilah sup pakchoy n fishball. Bagi siapa yg tertanya2 nape nasi ayam aku kuning sgt, itu adalah sbb kesilapan sukatan. Aku tlupa yg aku dah tukar brand serbuk kunyit kpd Adabi. Brand ni pewarna dia mmg kuat. Tu yg nasi ayam aku jadi macam pulut kuning (ni bukan alasan menutup ketidakpandaian memasak ok?) Hehe. 

Oleh sbb rumah bujang aku ni xde oven, so aku goreng je ayam tu. Ayam tu diperap dgn kicap, bwg putih dgn serbuk lada hitam yg banyaaakk (lain dr yg lain coz ni feveret adik aku) sblm digoreng. Maka siaplah hidangan utk makan tghari kitorg harini. Biasenye aku akan pakai half bird chicken medium size yg di potong 8 utk skali masak. Aku mmg masak ayam yg dah siap potong sbb x larat nak potong sdri ayam yg besar2. Kalau kat umah mama, abah ade boleh tlg buatkan. Kalau kat umah sdri, payah sketlah. Dulu abah slalu gelakkan aku. Tp mama back-up. Mama kate untung aku nak belajar masak. Kalau xnak belajar langsung lg lah masalah. Tapi aku tau abah tu mulut je kutuk, dalam hati ade taman. Huhu.. Abahlah pengkritik terhebat dlm hidup aku, dr kecik sampailah besar n aku x pernah amik hati ape yg abah cakap. Mama kata kritikan abah tu bukan nak merendah2kan anak2 tp sebaliknya mencabar kitorg. So, we took the challenge n inilah aku hari ini. Anak perempuan tunggal abah.. =)

Harini mood jiwang lah.. Nak tgk filem2 romantik je.. Actually aku baru je habis tgk drama korea, Princess Hours tu 2 minggu lps. Kesiankan? Ketinggalan zaman sungguh. 2006 dah on air. 2012 baru aku tgk. Puncanya sbb aku duduk boarding school since 13 yrs old. So aku xde masa nak tgk tv n aku x minat nak tgk drama2 bersiri ni sbb aku x suka kalau ter'miss' episode. Membawak smpai ke besar, aku jarang tgk tv. Setahun dua ni je baru aku betul2 tgk tv. Dah keje kan. Tapi walaupun dah ade masa nak tgk tv, tp half way je aku dah lentok. Letih kan.. Hikhik. Skrg aku dah jumpa website2 yg boleh tgk drama2 n filem2 yg aku dah terlepas peluang nak tgk. So hujung minggu, kalau xde ape2 aktiviti, sehari suntukla aku melepak n melepek tgk online movie. 




Nantoknye.. Tapi dah lps asar. X elok tido.. Layan tv lah kejap.. Heh.